BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 26, 2009

PERTANDINGAN REKABENTUK MALAYSIA(MRM) 2009


Matlamat
Memberi pengiktirafan kepada pereka muda
yang menyumbang kepada pembangunan
bidang reka bentuk negara.
Kategori Pelajar Universiti / Kolej
Kategori Pelajar Sekolah
Hadiah
Kategori Profesional
Objektif
Mempromosi dan meningkatkan kreativiti pereka
tempatan melalui sumbangan idea kepada sektor
perindustrian menerusi konsep produk yang
kompetitif dan inovatif.
Landasan (platform) bagi perekabentuk dan
pengilang untuk bergabung dalam menghasilkan
produk yang berkualiti di samping menggalakkan
persaingan melalui inovasi, sains dan teknologi

Tema Pertandingan
'Green Design'
‘Green Design’ merujuk kepada kepekaan
rekabentuk sesebuah produk terhadap
persekitaran dan ekologi.
Ia boleh ditafsirkan sebagai proses rekabentuk
yang melibatkan aktiviti kitar semula,
penambahbaikan dan penggunaan bahanbahan
serta elemen rekabentuk yang mesra
alam, contohnya penggunaan tenaga yang
lebih efisyen yang melibatkan tenaga solar, air
dan sebagainya. Ia juga dikenali sebagai ‘ecodesign’
atau rekabentuk untuk persekitaran
sebagai seni rekaan objek fizikal.




Syarat Penyertaan
Terbuka kepada semua pereka, pelajar dan
individu warganegara Malaysia sahaja;
Idea rekabentuk hendaklah asli dan belum
pernah dikomersial, dipamer atau diajukan
kepada sektor pembuatan;
Produk-produk yang pernah memenangi manamana
pertandingan sebelum ini adalah tidak
layak menyertai pertandingan ini. Pihak
penganjur berhak menolak mana-mana
penyertaan atau menarik balik sebarang bentuk
hadiah yang diperolehi sekiranya perkara
tersebut berlaku;
Setiap calon hanya layak menyertai satu (1)
kategori penyertaan sahaja, seperti yang berikut:

Kategori Pelajar Sekolah
(Pelajar sekolah yang berumur 18 tahun ke
bawah)
Kategori Pelajar Universiti / Kolej
(Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam &
Swasta)
Kategori Profesional
(Semua pereka tidak kira bidang pengkhususan
dan telah bekerja secara persendirian atau
dengan syarikat atau jabatan kerajaan dan orang
awam)
Rekabentuk yang dihasilkan oleh peserta ketika
masih menuntut di institusi pengajian tinggi tidak
boleh diguna pakai untuk menyertai Kategori
Profesional;
Peserta adalah digalakkan supaya menyertai
pertandingan ini secara individu. Bagaimanapun
penyertaan secara berkumpulan juga
dibenarkan dan mestilah tidak melebihi dua (2)
orang;
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di
atas sebarang perbelanjaan, kerosakan atau
kehilangan penyertaan sebelum atau selepas
penyertaan;
Perlindungan rekabentuk mengikut Akta Harta
Intelek - setiap peserta dinasihatkan supaya
menyimpan bahan bukti berkaitan hasil idea
rekabentuk sebelum mendedah atau
menghantarnya kepada pihak penganjur;
Semua idea rekabentuk yang terpilih akan
disimpan oleh pihak penganjur untuk tujuan
dokumentasi;
Pihak penganjur akan memaklumkan kepada
mana-mana peserta sekiranya penyertaan
mereka terpilih untuk dikomersialkan dan mereka
juga berhak menerima royalti berdasarkan
persetujuan semua pihak;
Penyertaan yang tidak berjaya memenangi
sebarang hadiah dalam pertandingan ini perlu
dituntut semula oleh peserta dalam tempoh
sebulan selepas keputusan diumumkan. Manamana
penyertaan yang tidak dituntut dalam
tempoh tersebut akan dilupuskan.

Kriteria Penilaian
Pihak penganjur berhak melantik mana-mana
panel penilai bagi menilai penyertaan dan
keputusan panel penilai adalah muktamad.
Penilaian akan dibuat berdasarkan kepada
perkara berikut:
Kecenderungan Inovasi
Kreativiti idea rekabentuk dalam
mempersembahkan kaedah baru atau diperbaiki
fungsinya yang memberi manfaat dalam
penggunaan;
Kecenderungan Fungsi
Kekuatan bagi memenuhi sasaran fungsi,
keperluan semasa dan penyelesaian masalah
(contoh: produk bagi kegunaan orang kurang
upaya);
Kandungan Unsur Simbolik dan Emosi
Daya penarik produk yang boleh mempengaruhi
pengguna atau membawa mesej tertentu yang
memberikan nilai tambah (value added) kepada
pengguna (contoh: keseronokan, aman, ceria,
riang dan imej);
Memaparkan Kekuatan Kualiti Dengan
Sendiri
Idea rekabentuk dapat menerangkan
kecemerlangan pembuatan, rupabentuk,
penggunaan bahan dan teknologi.
Ergonomik
Mengimbangi interaksi penggunaan di antara
pengguna dengan produk secara fizikal atau
psikologi (contoh: tahap keselesaan,
memudahkan penggunaan, pertimbangan untuk
pengangkutan, penyimpanan, pemasangan dan
peningkatan ciri-ciri keselamatan);

Ciri-Ciri Ekologi
Ciri-ciri mesra alam yang terdapat pada produk,
samada melibatkan pengguna atau persekitaran
(contoh: pemilihan bahan untuk kesesuaian kitar
semula, pengurangan pencemaran alam sekitar,
bunyi dan bau);
Kualiti Persembahan
Kekuatan keseluruhan bahan persembahan yang
boleh melayakkan pereka menerima
pengiktirafan merangkumi kualiti model,
penulisan, lakaran dan lukisan persembahan.

Penyerahan Penyertaan
Peringkat Awal
Setiap penyertaan yang dihantar hendaklah
disertai dengan borang penyertaan yang telah
dilengkapkan (berasingan bagi setiap penyertaan
rekabentuk). Borang juga boleh difotostat atau
dimuat turun dari laman web MRM.
Penyertaan haruslah dihantar bersama dengan
satu laporan ringkas yang ditaip pada kertas
berukuran A4 yang mengandungi maklumat atau
rasional konsep rekabentuk, kegunaan, sasaran
pengguna, faedah dan strategi pemasaran
dengan tidak melebihi 500 patah perkatan.
Nama, tandatangan, nama sekolah, institusi
pengajian dan gambar individu tidak dibenarkan
ditulis/dilekatkan pada mana-mana bahagian
hadapan/atas setiap dokumen, lakaran dan
lukisan persembahan.

Para peserta juga perlu menghantar :
i. Lukisan lakaran perkembangan idea
ii. Lukisan persembahan pandangan atas,
hadapan, belakang dan sisi
iii. Lukisan teknikal
(pandangan atas, hadapan, belakang
dan sisi)
iv. Dan lain-lain yang berkaitan
Nota: Media atau bahan untuk lukisan
persembahan adalah bebas menggunakan
kertas berukuran A3 (420cm X 297cm).
Tarikh tutup penyerahan peringkat pertama
adalah pada 30 September 2009



Peringkat Akhir
Hanya 18 rekabentuk yang terpilih sahaja layak
untuk dipertandingkan pada peringkat akhir.
Peserta yang terpilih perlu menyediakan sebuah
model atau prototaip berukuran penuh atau
berskala bagi menggambarkan rupabentuk
produk.
Bahan bagi penyediaan model atau prototaip
adalah bebas.
Model atau prototaip mestilah berkualiti dan
menarik.
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di
atas sebarang kos perbelanjaan, penghantaran,
kerosakan atau kehilangan penyertaan sebelum
atau selepas penyertaan.
Tarikh tutup penyerahan peringkat kedua adalah
pada 30 November 2009

Hadiah
Semua peserta akan menerima satu sijil
penyertaan. Penyertaan yang terpilih sebagai
pemenang akan menerima hadiah seperti
berikut:
Kategori Pelajar Sekolah
Hadiah Pertama - RM3,000.00
- Trofi & Sijil Pemenang
Hadiah Kedua - RM2,000.00
- Trofi & Sijil Pemenang
Hadiah Ketiga - RM1,500.00
- Trofi & Sijil Pemenang
3 x Hadiah Saguhati - RM1,000.00
- Trofi & Sijil Pemenang



Kategori Pelajar Universiti / Kolej
Hadiah Pertama - RM6,000.00
- Trofi & Sijil Pemenang
Hadiah Kedua - RM5,000.00
- Trofi & Sijil Pemenang
Hadiah Ketiga - RM4,000.00
- Trofi & Sijil Pemenang
3 x Hadiah Saguhati - RM2,000.00
- Trofi & Sijil Pemenang

Kategori Profesional
Hadiah Pertama - RM10,000.00
- Trofi & Sijil Pemenang
Hadiah Kedua - RM7,000.00
- Trofi & Sijil Pemenang
Hadiah Ketiga - RM5,000.00
- Trofi & Sijil Pemenang
3 x Hadiah Saguhati - RM4,000.00
- Trofi & Sijil Pemenang

0 comments: